Tuesday, 18 October 2016

BOSS SK LAHAD DATU II

Belanja sedikit BOSS SK Lahad Datu II
Kalau ada idea atau cadangan penambah baikan boleh email kepada kami
bossskld2@gmail.com

#xoxo

Sunday, 16 October 2016

LAWATAN PENANDA ARAS KE SK BUKIT BALACON

16 Oktober 2015 - 16 Oktober 2016
Tak sedar dah setahun berlalu sejak Unit SPBT SK Lahad Datu II memulakan langkah pertama ke arah pengurusan BOSS Cemerlang.  Mencari motivasi dan suntikan semangat yang luar biasa, lawatan penanda aras ke SK Bukit Balacon telah dirangka dan dilaksanakan.  Pelbagai input dan pengalaman dirasai hasil daripada lawatan ini.  Team SPBT SK Lahad Datu II yakin dan optimis bahawa unit ini mampu menjadi yang terbaik antara yang terbaik
#fromzerotohero

Masing-masing ceria dan tak sabar menuntut ilmu dari sekolah yang mempunyai pengalaman dan pengurusan BOSS terbaik di daerah ini.  Ketibaan disambut baik oleh Guru Besar SK Bukit Balacon dan beberapa orang guru penyelaras SPBT sekolah tersebut.
Sesi suai kenal dan beramah mesra sebelum penerangan lanjut diberikan.  Pelbagai aspek pengurusan BOSS dikongsikan dan diperincikan.  Soal jawab antara kedua-dua sekolah juga menjadi platform menambah ilmu pengetahuan.
Terbayang-bayang seketika untuk membuat pondok SPBT di sekolah sendiri.  Nampak mencabar, namun bukan sesuatu yang mustahil.  Inilah antara benda-benda baru yang akan masuk dalam perancangan BOSS SK Lahad Datu II.
Bersama Guru Besar SK Bukit Balacon(Baju Kurung Ungu) dan Penolong Kanan HEM SK lahad Datu II (Baju kurung Hijau)
Bersama Penyelaras SPBTSK Bukit Balacon : Puan Ajijah

Selesai lawatan, Unit SPBT SK Lahad Datu II mula membuat pelbagai rancangan untuk menambah baik dan meningkatkan kualiti pengurusan BOSS di sekolah ini agar fungsinya kepada sekolah dapat dimaksimumkan
Gambar kenangan bersama warga SK bukit Balacon
#tb #lawatan #bosscemerlang

Thursday, 8 September 2016

PROJEK KECERIAN BOSS FASA 4

Unit SPBT sekali lagi mengadakan projek keceriaan bagi fasa 4 bagi tahun ini dengan memberi fokus kepada dinding luar BOSS.  Hasil kerjasama semua penyelaras SPBT, projek ini berjaya disiapkan.
Bukan sesuatu yang mudah, namun bukan mustahil untuk dihasilkan.  Setelah 9 bulan berhempas pulas menyediakan BOSS kepada sebuah bilik yang kondusif dan ceria, akhirnya projek terakhir ini berjaya dijayakan.  Walaupun semua mempunyai komitmen dan tugas lain, namun pengorbanan dan kesudian semua penyelaras sangat tinggi.
Segala penat lelah pasti berbaloi.. Kepuasan setelah melihat hasil yang berjaya disiapkan.  BOSS SK Lahad Datu II kini telah melalui satu transformasi besar-besaran.. From Zero To Hero.. Insyallah akan diteruskan dari semasa ke semasa agar pengurusan BOSS yang cemerlang memberi manfaat kepada murid dan sekolah pada masa akan datang.

Monday, 29 August 2016

SESI PENGGAMBARAN UNIT SPBT

Pada hari ini, Unit SPBT telah mengadakan satu sesi penggambaran yang melibatkan pihak pentadbir, semua penyelaras SPBT dan semua guru penasihat Kelab SPBT.  Inilah tonggak utama kejayaan BOSS di sekolah ini.  Tanpa mereka pasti usaha melaksanakan transformasi BOSS akan melalui kesukaran.
GURU PENASIHAT KELAB SPBT SK LAHAD DATU II
PENYELARAS SPBT SK LAHAD DATU II
UNIT SPBT SK LAHAD DATU II


Friday, 19 August 2016

BENGKEL PENGISIAN BORANG SPBT G

Untuk memurnikan dan memberi pendedahan yang lebih jelas terhadap semua guru, Unit SPBT telah mengambil pendekatan mengadakan bengkel ini dengan melibatkan kesemua guru kelas ( tahun 1 - tahun 6 ).  Alhamdulillah sambutan yang menggalakkan daripada rakan-rakan guru yang sanggup hadir dalam bengkel tersebut.
Tujuan bengkel ini dijalankan adalah :
> Untuk memberi pendedahan cara pengisian borang SPBT G dengan betul
>  Membuat penyeragaman pengisian borang
> Mengurangkan kekeliruan dalam pengisian borang
> Menyelesaikan permasalahan yang wujud dalam pengisian borang SPBT G
Harapan Unit SPBT agar bengkel seperti ini dapat membantu guru kelas dalam pengisian borang SPBT G yang betul dan tepat bagi mengelakkan masalah timbul dalam pengagihan dan pemulangan buku teks kelak.

Saturday, 6 August 2016

PROJEK KECERIAAN BOSS FASA 3

Unit SPBT sentiasa menitik beratkan keceriaan dan keperluan BOSS agar murid minat untuk terlibat dan mengambil peduli akan peranan dan fungsinya.  Pada kali ini, Unit SPBT SK Lahad Datu II memberi fokus kepada keceriaan Taman SPBT dan Laluan Inspirasi SPBT.
 Unit SPBT telah menerima pelbagai sumbangan bunga-bunga seperti bunga orkid, bunga lily dan sebagainya.  Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam memberi sumbangan kepada Unit SPBT dalam membantu menceriakan Taman SPBT.
Selain itu, Laluan Inspirasi SPBT yang terletak berhadapan Taman SPBT juga turut diceriakan dan dihiasi dengan pelbagai input yang bermakna kepada murid.  Unit SPBT sangat berbangga dan mengucapkan terima aksih kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang terlibat sama dalam projek kali ini. Selain itu, penglibatan semua penyelaras SPBT, guru penasihat Kelab SPBT dan murid juga tidak dilupakan.

Kini, Taman SPBT dan Laluan Inspirasi SPBT telah siap dan digunakan dari semasa ke semasa.  Semoga projek ini akan memainkan 1001 fungsi yang bermakna kepada warga sekolah khususnya.






Tuesday, 26 July 2016

ANUGERAH PENGUSAN BOSS TERBAIK PERINGKAT DAERAH LAHAD DATU 2016

Alhamdulillah, pada hari ini keputusan rasmi bagi Pertandingan BOSS Terbaik Peringkat daerah Lahad Datu telah diumumkan serentak dengan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah.

Secara rasminya BOSS SK Lahad Datu II telah terpilih sebagai pemenang bagi pertandingan ini.  Unit SPBTsangat gembira menerima berita ini dan ianya menjadi satu motivasi untuk melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.  Segala penat lelah terbalas dengan anugerah yang diberikan ini.
Kami dalam Unit SPBT ingin mengucapkan setingi-tinggi terima kasih kepada mereka yang terlibat membantu unit ini sama ada secara langsung dan tidak langsung.  Insyallah jika ada rezeki, akan meneruskan perjuangan dalam pertandingan BOSS Cemerlang peringkat negeri.. Doakan kejayaan kami.

Friday, 17 June 2016

PEMANTAUAN PPD UNTUK BOSS CEMERLANG PERINGKAT DAERAH

Setelah berhempas pulas menyediakan BOSS, pihak PPD Lahad datu yang diketuai oleh Puan Hajah Neljah Hj Yan sambil diiringi oleh Puan Saira Moling(JU) dan Puan Lindayana Jaini Johanes (JU) telah datang ke sekolah untuk melakukan pemantauan bagi Pertandingan BOSS Cemerlang peringkat Daerah Lahad Datu.  Debaran kian terasa kerana ini adalah penyertaan pertama BOSS sekolah ini setelah melakukan transformasi besar-besaran bermula dari awal tahun.
Banyak perkongsian yang telah dilakukan dalam pemantauan pada kali ini.  Kunjungan penuh mesra ini telah memberikan kami beberapa idea untuk melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.  Walaupun BOSS belum siap sepenuhnya seperti yang dirancang, namun segala kriteria yang wajib disediakan telah dipenuhi. 

Pemantauan melibatkan pengurusan fail induk, buku stok, keceriaan BOSS, keadaan fizikal buku teks dan sebagainya.  Kami berasa lega setelah pemantauan ini selesai dijalankan dan bersedia untuk terus melakukan beberapa perubahan selaras dengan hasil pemantauan tersebut.

Saturday, 11 June 2016

PROJEK KECERIAAN BOSS FASA 2

Projek keceriaan BOSS diteruskan lagi.  Pada kali ini fokus lebih kepada melukis mural, menghias kaunter BOSS dan mencantikkan rak buku teks.  Semua penyelaras SPBT dan Guru Penasihat Kelab SPBT telah bersama-sama menyiapkan projek pada kali ini.
Setelah seharian kepenatan, semua usaha berbaoi apabila BOSS SK Lahad Datu II kini telah bersedia untuk mengikuti Pertandingan BOSS Cemerlang Peringkat Daerah (Lahad Datu).  Semoga pemantauan yang dijalankan kelak dipermudahkan semuanya.  Hasil mural, kaunter, rak dan keceriaan BOSS pada hari ini.

Tuesday, 7 June 2016

AKTIVITI MEROBOHKAN DINDING BOSS

Hasil daripada lawatan pertama Puan Hajah Neljah (Pegawai PPD - Unit Buku Teks ), pihak sekolah bersama-sama unit SPBT mengambil keputusan untuk merobohkan dinding pemisah di antara bilik A dan Bilik B yang terdapat dalam BOSS.  Pengubahsuaian ini akan memberikan satu ruang yang lebih besar dan lebih sistematik terhadap pengurusan BOSS pada masa akan datang.
Aktiviti merobohkan dinding ini telah dilakukan dengan bantuan beberapa ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang sama-sama turun padang.  Selain dinding pemisah, pintu pada bahagian belakang juga turut ditutup sepenuhnya agar BOSS berfungsi dengan satu pintu utama sahaja di bahagian hadapan bilik.
Walaupun kerja semakin bertambah akibat aktiviti ini, namun kepuasan diterima apabila melihat ruang bilik yang semakin luas dan dapat dimaksimumkan untuk aktiviti lain seperti aktiviti Kelab SPBT dan kerja-kerja pengemaskinian buku teks baru.  Unit SPBT mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu sepanjang kerja-kerja ini dijalankan

Thursday, 12 May 2016

LAWATAN PPD KE BOSS SK LAHAD DATU II

Pada hari ini, BOSS SK Lahad Datu II berbesar hati menerima kunjungan daripada Puan Hajah Neljah (PPD - Unit Buku Teks).  Kunjungan kali pertama pada tahun ini memberikan kami pelbagai input dalam memastikan BOSS sekolah ini berada di landasan yang betul dalam aspek pengurusan, keceriaan dan sebagainya
Kehadiran Puan Hajah Neljah telah diiringi oleh Puan Saira Moling (JU Daerah - SPBT) dan disertai oleh barisan pentadbir SK Lahad Datu II.  Keprihatinan dan komitmen Puan Mynah Hj Relay (Guru Besar Cemerlang) dan Puan Roslia Selamat (PK HEM) dalam pengurusan BOSS di sekolah ini adalah sesuatu yang wajar dipuji dan unit SPBT mengucapkan jutaan terima kasih atas segala bantuan dan sokongan yang telah diberikan.
Beberapa nasihatdan penambah baikan telah dikongsikan oleh Puan Hajah Neljah semasa lawatan ini dijalankan.  Unit SPBT akan membuat beberapa perubahan melalui teguran dan nasihat yang telah diberikan oleh beliau.
Nantikan perubahan-perubahan yang bakal dilakukan oleh unit SPBT dalam BOSS akan datang.  Pihak sekolah juga telah bersetuju memberikan bantuan yang diperlukan dalam melaksanakan perubahan ini kelak.

Monday, 9 May 2016

LOGO RASMI SPBT SK LAHAD DATU II

Dalam Kempen Sayangi Buku Teks 2016, Unit SPBT telah mengadakan Pertandingan Mencipta Logo SPBT ( Kategori Guru ) yang mana telah menerima penyertaan yang baik daripada guru-guru di sekolah ini.  Semua penyertaan telah dinilai oleh barisan pentadbir sekolah dan kata sepakat telah diambil untuk menggunakan logo ciptaan Puan Zalifah Yusuf sebagai logo rasmi SPBT sekolah ini seterusnya menobatkan beliau sebagai pemenang.
LOGO RASMI SPBT SK LAHAD DATU II

MAKSUD DAN PENERANGAN
Pentagon - 5 bucu pentagon melambangkan 5 rukun negara yang menjadi pegangan dan panduan
Buku dan Sijil - Buku teks menjana kecemerlangan pendidikan
Riben Hijau - warna tema SK Lahad Datu II
Moto - Sedia . Patuh . Berdisiplin . Telus
Bulatan - Kesediaan melakukan transformasi untuk mencapai kecemerlangan
Warna Biru - Kerjasama dan keharmonian
Warna Merah - Keberanian dalam menempuh cabaran
Warna Kuning - Melambangkan kepimpinan ketua menjadi tunjang utama dalam kejayaan

Saturday, 16 April 2016

KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS 2016 ( PERTANDINGAN BUKU TEKS TERKEMAS )

Fail Kemas dan Terkini.. Bilik ceria dan bersih.. Semua ini tidak cukup sekiranya murid tidak menjaga buku teks dengan baik.  Oleh itu, Unit SPBT telah mengadakan pemeriksaan buku teks Fasa 1 seterusnya menjadikan ianya satu pertandingan (Buku Teks Terkemas) pada 12-14 April 2016.  Melalui pertandingan ini, murid akan dinilai dalam beberapa aspek seperti balutan, nama pada buku, tahap kerosakan dan sebagainya.  Pertandingan akan dinilai oleh semua guru penyelaras SPBT dan melibatkan semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Pemeriksaan selama 3 hari ini telah dilaksanakan dari kelas ke kelas secara berperingkat.  Pertandingan ini juga memberi penekanan dalam aspek penggunaan buku teks, dimana kriteria pemarkahan bagi jumlah buku teks yang sepatutnya dibawa juga diambil kira.  secara tidak langsung, murid akan menjadi lebih peka akan kewajiban membawa buku teks setiap hari untuk digunakan semasa Proses PdP dijalankan.
Setelah bertungkus lumus selama 3 hari, akhirnya pemeriksaan buku teks telah selesai dijalankan.  Pelbagai input diperoleh semasa pemeriksaan ini dijalankan dan akan menjadi panduan bagi unit kami kelak.  Beberapa penambahbaikan juga akan dilaksanakan selepas ini hasil daripada pemeriksaan tersebut.