Hasil daripada lawatan pertama Puan Hajah Neljah (Pegawai PPD - Unit Buku Teks ), pihak sekolah bersama-sama unit SPBT mengambil keputusan untuk merobohkan dinding pemisah di antara bilik A dan Bilik B yang terdapat dalam BOSS. Pengubahsuaian ini akan memberikan satu ruang yang lebih besar dan lebih sistematik terhadap pengurusan BOSS pada masa akan datang.
Aktiviti merobohkan dinding ini telah dilakukan dengan bantuan beberapa ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang sama-sama turun padang. Selain dinding pemisah, pintu pada bahagian belakang juga turut ditutup sepenuhnya agar BOSS berfungsi dengan satu pintu utama sahaja di bahagian hadapan bilik.
Walaupun kerja semakin bertambah akibat aktiviti ini, namun kepuasan diterima apabila melihat ruang bilik yang semakin luas dan dapat dimaksimumkan untuk aktiviti lain seperti aktiviti Kelab SPBT dan kerja-kerja pengemaskinian buku teks baru. Unit SPBT mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu sepanjang kerja-kerja ini dijalankan
No comments:
Post a Comment