Fail Kemas dan Terkini.. Bilik ceria dan bersih.. Semua ini tidak cukup sekiranya murid tidak menjaga buku teks dengan baik. Oleh itu, Unit SPBT telah mengadakan pemeriksaan buku teks Fasa 1 seterusnya menjadikan ianya satu pertandingan (Buku Teks Terkemas) pada 12-14 April 2016. Melalui pertandingan ini, murid akan dinilai dalam beberapa aspek seperti balutan, nama pada buku, tahap kerosakan dan sebagainya. Pertandingan akan dinilai oleh semua guru penyelaras SPBT dan melibatkan semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Pemeriksaan selama 3 hari ini telah dilaksanakan dari kelas ke kelas secara berperingkat. Pertandingan ini juga memberi penekanan dalam aspek penggunaan buku teks, dimana kriteria pemarkahan bagi jumlah buku teks yang sepatutnya dibawa juga diambil kira. secara tidak langsung, murid akan menjadi lebih peka akan kewajiban membawa buku teks setiap hari untuk digunakan semasa Proses PdP dijalankan.
Setelah bertungkus lumus selama 3 hari, akhirnya pemeriksaan buku teks telah selesai dijalankan. Pelbagai input diperoleh semasa pemeriksaan ini dijalankan dan akan menjadi panduan bagi unit kami kelak. Beberapa penambahbaikan juga akan dilaksanakan selepas ini hasil daripada pemeriksaan tersebut.
No comments:
Post a Comment