Pada hari ini, BOSS SK Lahad Datu II berbesar hati menerima kunjungan daripada Puan Hajah Neljah (PPD - Unit Buku Teks). Kunjungan kali pertama pada tahun ini memberikan kami pelbagai input dalam memastikan BOSS sekolah ini berada di landasan yang betul dalam aspek pengurusan, keceriaan dan sebagainya
Kehadiran Puan Hajah Neljah telah diiringi oleh Puan Saira Moling (JU Daerah - SPBT) dan disertai oleh barisan pentadbir SK Lahad Datu II. Keprihatinan dan komitmen Puan Mynah Hj Relay (Guru Besar Cemerlang) dan Puan Roslia Selamat (PK HEM) dalam pengurusan BOSS di sekolah ini adalah sesuatu yang wajar dipuji dan unit SPBT mengucapkan jutaan terima kasih atas segala bantuan dan sokongan yang telah diberikan.
Beberapa nasihatdan penambah baikan telah dikongsikan oleh Puan Hajah Neljah semasa lawatan ini dijalankan. Unit SPBT akan membuat beberapa perubahan melalui teguran dan nasihat yang telah diberikan oleh beliau.
Nantikan perubahan-perubahan yang bakal dilakukan oleh unit SPBT dalam BOSS akan datang. Pihak sekolah juga telah bersetuju memberikan bantuan yang diperlukan dalam melaksanakan perubahan ini kelak.
No comments:
Post a Comment