Bagi memastikan kelancaran sesi persekolahan 2016, proses pengagihan buku teks telah dilaksanakan sebelum bermulanya sesi persekolahan. Ini bertujuan agar murid-murid dapat mempersiapkan buku teks (menulis nama dan membalut) lebih awal.
Proses pengasingan buku teks telah dijalankan lebih awal iaitu sebelum sesi persekolahan 2015 tamat. Ini bertujuan mengenal pasti buku yang masih elok dan rosak. Unit SPBT sangat prihatin akan masalah buku teks di sekolah ini dan sentiasa memastikan murid mendapat buku teks yang baik
Semua guru kelas telah memberikan kerjasama yang tinggi kepada unit SPBT dalam memastikan proses pengagihan buku teks berjalan lancar. Selain itu, peringatan kepada ibu bapa dan murid agar menjaga buku teks dengan baik telah dilakukan.
Penyelaras SPBT Tahun 6 begitu komited menyiapkan buku teks tahun 6 yang baru diterima agar murid dapat menggunakannya secepat mungkin. Proses pengagihan buku teks bagi tahun 6 dijalankan pada minggu pertama persekolahan (selepas minggu orientasi berakhir).
No comments:
Post a Comment