Friday, 15 January 2016

MESYUARAT SPBT BIL 1/2016

Setelah segala urusan awal persekolahan diselesaikan, Unit SPBT memulakan langkah pertama dalam memastikan BOSS sekolah ini menjadi yang terbaik kelak.  Oleh itu, mesyuarat SPBT kali pertama telah diadakan dan dipengerusikan oleh Encik Shammulim Madi (Penyelaras SPBT).

Pelbagai perancangan dan aktiviti telah dirangka bagi memastikan unit ini melalui satu transformasi besar-besaran.  Titik fokus kami tertumpu kepada beberapa perkara seperti pengurusan fail BOSS, keceriaan BOSS dan aktiviti-aktiviti memartabatkan buku teks di sekolah.

Pada tahun ini, Jawatankuasa SPBT SK Lahad Datu II telah menambah beberapa orang guru penyelaras tahun bagi memastikan kelancaran setiap aktiviti yang telah dirancang.
Selain itu, unit SPBT juga akan menggembleng tenaga bersama semua pentadbir, guru panitia, guru kelas dan semua warga sekolah termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru bagi memastikan segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sunday, 3 January 2016

MESYUARAT STAF BIL 1/2016

Sebelum sesi persekolahan 2016 dimulakan, satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan pelbagai aktiviti dan strategi bagi memastikan tahun 2016 berjalan dengan lancar.  Semua guru dan staf AKP mendengar ucapan dan amanat daripada Puan Mynah Hj Relay (Guru Besar Cemerlang) dengan penuh komited.

Bagi Unit SPBT pula, pengumuman dana kewangan oleh pihak sekolah dalam mesyuarat pada kali ini adalah sesuatu yang menggembirakan.  Dengan dana yang disalurkan, Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS) akan dapat dinaik taraf seterusnya menjadikannya lebih kondusif untuk bekerja di dalamnya.
Dengan peruntukan itu juga, maka bermulalah episod "Ke Arah BOSS Cemerlang" ... Semoga Unit SPBT kami dipermudahkan segalanya dalam memastikan BOSS di sekolah ini mampu menjadi yang terbaik. Amin

#bosscemerlang
#skld2

Saturday, 2 January 2016

AKTIVITI PENGAGIHAN BUKU TEKS

Bagi memastikan kelancaran sesi persekolahan 2016, proses pengagihan buku teks telah dilaksanakan sebelum bermulanya sesi persekolahan.  Ini bertujuan agar murid-murid dapat mempersiapkan buku teks (menulis nama dan membalut) lebih awal.
Proses pengasingan buku teks telah dijalankan lebih awal iaitu sebelum sesi persekolahan 2015 tamat.  Ini bertujuan mengenal pasti buku yang masih elok dan rosak.  Unit SPBT sangat prihatin akan masalah buku teks di sekolah ini dan sentiasa memastikan murid mendapat buku teks yang baik
Semua guru kelas telah memberikan kerjasama yang tinggi kepada unit SPBT dalam memastikan proses pengagihan buku teks berjalan lancar.  Selain itu, peringatan kepada ibu bapa dan murid agar menjaga buku teks dengan baik telah dilakukan.
Penyelaras SPBT Tahun 6 begitu komited menyiapkan buku teks tahun 6 yang baru diterima agar murid dapat menggunakannya secepat mungkin.  Proses pengagihan buku teks bagi tahun 6 dijalankan pada minggu pertama persekolahan (selepas minggu orientasi berakhir).

Friday, 1 January 2016

SELAMAT DATANG

Selamat datang diucapkan buat semua ke blog rasmi BOSS SK Lahad Datu II kelolaan Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) SK Lahad Datu II.  Untuk tahun 2016, Unit SPBT akan membuat pelbagai persediaan bagi menghadapi pertandingan BOSS Cemerlang dan kita sangat teruja untuk menaik taraf pengurusan di BOSS agar lebih efisien dan kondusif

Pelbagai aktiviti dan perkongsian berkaitan BOSS SK Lahad Datu II akan dimuatkan dalam blog ini untuk tatapan anda semua.  Doakan kerja-kerja kami di BOSS dipermudahkan. Kita berkampung dulu dalam bilik operasi.

#bosscemerlang
#naiktaraf
#SKLD2
#unitSPBT