Friday, 17 June 2016

PEMANTAUAN PPD UNTUK BOSS CEMERLANG PERINGKAT DAERAH

Setelah berhempas pulas menyediakan BOSS, pihak PPD Lahad datu yang diketuai oleh Puan Hajah Neljah Hj Yan sambil diiringi oleh Puan Saira Moling(JU) dan Puan Lindayana Jaini Johanes (JU) telah datang ke sekolah untuk melakukan pemantauan bagi Pertandingan BOSS Cemerlang peringkat Daerah Lahad Datu.  Debaran kian terasa kerana ini adalah penyertaan pertama BOSS sekolah ini setelah melakukan transformasi besar-besaran bermula dari awal tahun.
Banyak perkongsian yang telah dilakukan dalam pemantauan pada kali ini.  Kunjungan penuh mesra ini telah memberikan kami beberapa idea untuk melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.  Walaupun BOSS belum siap sepenuhnya seperti yang dirancang, namun segala kriteria yang wajib disediakan telah dipenuhi. 

Pemantauan melibatkan pengurusan fail induk, buku stok, keceriaan BOSS, keadaan fizikal buku teks dan sebagainya.  Kami berasa lega setelah pemantauan ini selesai dijalankan dan bersedia untuk terus melakukan beberapa perubahan selaras dengan hasil pemantauan tersebut.

Saturday, 11 June 2016

PROJEK KECERIAAN BOSS FASA 2

Projek keceriaan BOSS diteruskan lagi.  Pada kali ini fokus lebih kepada melukis mural, menghias kaunter BOSS dan mencantikkan rak buku teks.  Semua penyelaras SPBT dan Guru Penasihat Kelab SPBT telah bersama-sama menyiapkan projek pada kali ini.
Setelah seharian kepenatan, semua usaha berbaoi apabila BOSS SK Lahad Datu II kini telah bersedia untuk mengikuti Pertandingan BOSS Cemerlang Peringkat Daerah (Lahad Datu).  Semoga pemantauan yang dijalankan kelak dipermudahkan semuanya.  Hasil mural, kaunter, rak dan keceriaan BOSS pada hari ini.

Tuesday, 7 June 2016

AKTIVITI MEROBOHKAN DINDING BOSS

Hasil daripada lawatan pertama Puan Hajah Neljah (Pegawai PPD - Unit Buku Teks ), pihak sekolah bersama-sama unit SPBT mengambil keputusan untuk merobohkan dinding pemisah di antara bilik A dan Bilik B yang terdapat dalam BOSS.  Pengubahsuaian ini akan memberikan satu ruang yang lebih besar dan lebih sistematik terhadap pengurusan BOSS pada masa akan datang.
Aktiviti merobohkan dinding ini telah dilakukan dengan bantuan beberapa ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang sama-sama turun padang.  Selain dinding pemisah, pintu pada bahagian belakang juga turut ditutup sepenuhnya agar BOSS berfungsi dengan satu pintu utama sahaja di bahagian hadapan bilik.
Walaupun kerja semakin bertambah akibat aktiviti ini, namun kepuasan diterima apabila melihat ruang bilik yang semakin luas dan dapat dimaksimumkan untuk aktiviti lain seperti aktiviti Kelab SPBT dan kerja-kerja pengemaskinian buku teks baru.  Unit SPBT mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu sepanjang kerja-kerja ini dijalankan