Sunday, 10 April 2016

KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS 2016 ( PERTANDINGAN TAHAP 2 )

Aktiviti sempena Kempensayangi Buku Teks 2016 bagi tahap 2 dimulakan dengan pertandingan Mencipta Buku Skrap (Tahun 6). Pertandingan ini telah diadakan di Dewan Prima dan dikendalikan oleh Puan Nik Raihan, Encik Azrani dan Puan Rapiah.  Pertandingan ini dilaksanakan dalam bentuk berkumpulan dan setiap kelas bebas menghantar seberapa banyak penyertaan.  Pertandingan ini bukan sahaja menarik minat kelas-kelas hadapan, namun turut menarik minat murid-murid lain yang berada di kelas belakang.  Unit SPBT optimis dengan perkara ini dan berasa sangat gembira kerana objektif yang ditetapkan telah tercapai.
Pada hari berikutnya, unit SPBT telah melaksanakan pertandingan mencipta kulit buku teks bagi tahun 5 yang dikendalikan oleh Puan Masita Ratan dan Puan Norhayya Abd Kahar.  Pertandingan ini telah diadakan di Pusat Sumber Sk Lahad Datu II.  Pelbagai kreativiti dapat dilihat menerusi bakat terpendam murid-murid ini semasa menghasilkan kulit buku teks masing-masing.  Pertandingan ini dapat mendidik murid-murid untuk mengenali buku teks dengan lebih dekat dan fungsinya dalam pembelajaran mereka.
Manakala bagi Tahun 4 pula, pertandingan membalut buku teks telah dijalankan di Dewan Prima.  Pertandingan membalut buku teks telah menerima penyertaan yang sangat menggalakkan di mana setiap kelas menghantar hampir 3-4 kumpulan untuk bertanding.  Pertandingan ini dikendalikan oleh Encik Shammulim, Puan Khairah Nuraishah dan Cik Ismaliza.  Semua guru Tahun 4 turut berada di dewan bagi membantu melancarkan aktiviti yang dijalankan.
Semoga usaha yang dijalankan oleh Unit SPBT ini akan memberikan pendedahan kepada semua murid akan pentingnya menjaga buku teks.

No comments:

Post a Comment