Selain memastikan pengurusan fail BOSS dikemaskini, keceriaan di BOSS juga amat penting bagi menarik minat murid terhadap buku teks dan bagi meningkatkan kualiti kemudahan di bilik ini. Walaupun berada di blok lama, namun usaha yang dilakukan dalam meningkatkan keceriaan bilik ini telah mengubah pandangan lama terhadap BOSS.
Semua guru penyelaras dan guru penasihat Kelab SPBT bertungkus lumus melakukan keceriaan luar dan dalam BOSS. Kerjasama dan komitmen setiap guru amatlah tinggi dan ini adalah salah satu sumbangan para guru di sekolah ini dalam memastikan anak murid sentiasa diberikan yang terbaik.
Murid-murid Kelab SPBT juga begitu teruja melibatkan diri dalam projek ini dan sanggup turun ke sekolah pada waktu tidak bersekolah (Sabtu) semata-mata untuk membantu menyiapkan projek ini.
Trasnformasi BOSS SK Lahad Datu II.. Daripada sebuah bilik biasa menjadi luar biasa. Jutaan terima kasih buat pihak sekolah yang memasang jubin baru di BOSS. Bilik ini sudah menjadi lebih kemas, bersih, luas dan cantik.
No comments:
Post a Comment