Selain memberikan tumpuan kepada BOSS, unit SPBT juga tidak melupakan penekanan penjagaan buku teks yang baik kepada murid-murid di sekolah ini.. Oleh itu beberapa aktiviti dalam memartabatkan buku teks telah diambil. Antaranya Program menulis nama pada buku teks dan membaik pulih buku teks yang rosak.
Sasaran program ini banyak ditumpukan kepada ahli Kelab SPBT bagi peringkat awal sebelum diperluas secara berperingkat kepada semua murid. Selain pelaksanaan program seperti ini, unit SPBT juga menggunakan platform Perhimpunan Mingguan dalam memberikan peringatan dan makluman kepada semua murid agar menulis nama pada buku teks dan menjaga buku teks dengan baik.
No comments:
Post a Comment