Saturday, 27 February 2016

PROJEK KECERIAAN BOSS ( FASA 1 )

Selain memastikan pengurusan fail BOSS dikemaskini, keceriaan di BOSS juga amat penting bagi menarik minat murid terhadap buku teks dan bagi meningkatkan kualiti kemudahan di bilik ini.  Walaupun berada di blok lama, namun usaha yang dilakukan dalam meningkatkan keceriaan bilik ini telah mengubah pandangan lama terhadap BOSS.
Semua guru penyelaras dan guru penasihat Kelab SPBT bertungkus lumus melakukan keceriaan luar dan dalam BOSS.  Kerjasama dan komitmen setiap guru amatlah tinggi dan ini adalah salah satu sumbangan para guru di sekolah ini dalam memastikan anak murid sentiasa diberikan yang terbaik.
Murid-murid Kelab SPBT juga begitu teruja melibatkan diri dalam projek ini dan sanggup turun ke sekolah pada waktu tidak bersekolah (Sabtu) semata-mata untuk membantu menyiapkan projek ini.
Trasnformasi BOSS SK Lahad Datu II.. Daripada sebuah bilik biasa menjadi luar biasa. Jutaan terima kasih buat pihak sekolah yang memasang jubin baru di BOSS.  Bilik ini sudah menjadi lebih kemas, bersih, luas dan cantik.

Wednesday, 3 February 2016

AKTIVITI MEMARTABATKAN BUKU TEKS

Selain memberikan tumpuan kepada BOSS, unit SPBT juga tidak melupakan penekanan penjagaan buku teks yang baik kepada murid-murid di sekolah ini.. Oleh itu beberapa aktiviti dalam memartabatkan buku teks telah diambil. Antaranya Program menulis nama pada buku teks dan membaik pulih buku teks yang rosak.
Sasaran program ini banyak ditumpukan kepada ahli Kelab SPBT bagi peringkat awal sebelum diperluas secara berperingkat kepada semua murid.  Selain pelaksanaan program seperti ini, unit SPBT juga menggunakan platform Perhimpunan Mingguan dalam memberikan peringatan dan makluman kepada semua murid agar menulis nama pada buku teks dan menjaga buku teks dengan baik.