Tuesday, 18 October 2016

BOSS SK LAHAD DATU II

Belanja sedikit BOSS SK Lahad Datu II
Kalau ada idea atau cadangan penambah baikan boleh email kepada kami
bossskld2@gmail.com

#xoxo

Sunday, 16 October 2016

LAWATAN PENANDA ARAS KE SK BUKIT BALACON

16 Oktober 2015 - 16 Oktober 2016
Tak sedar dah setahun berlalu sejak Unit SPBT SK Lahad Datu II memulakan langkah pertama ke arah pengurusan BOSS Cemerlang.  Mencari motivasi dan suntikan semangat yang luar biasa, lawatan penanda aras ke SK Bukit Balacon telah dirangka dan dilaksanakan.  Pelbagai input dan pengalaman dirasai hasil daripada lawatan ini.  Team SPBT SK Lahad Datu II yakin dan optimis bahawa unit ini mampu menjadi yang terbaik antara yang terbaik
#fromzerotohero

Masing-masing ceria dan tak sabar menuntut ilmu dari sekolah yang mempunyai pengalaman dan pengurusan BOSS terbaik di daerah ini.  Ketibaan disambut baik oleh Guru Besar SK Bukit Balacon dan beberapa orang guru penyelaras SPBT sekolah tersebut.
Sesi suai kenal dan beramah mesra sebelum penerangan lanjut diberikan.  Pelbagai aspek pengurusan BOSS dikongsikan dan diperincikan.  Soal jawab antara kedua-dua sekolah juga menjadi platform menambah ilmu pengetahuan.
Terbayang-bayang seketika untuk membuat pondok SPBT di sekolah sendiri.  Nampak mencabar, namun bukan sesuatu yang mustahil.  Inilah antara benda-benda baru yang akan masuk dalam perancangan BOSS SK Lahad Datu II.
Bersama Guru Besar SK Bukit Balacon(Baju Kurung Ungu) dan Penolong Kanan HEM SK lahad Datu II (Baju kurung Hijau)
Bersama Penyelaras SPBTSK Bukit Balacon : Puan Ajijah

Selesai lawatan, Unit SPBT SK Lahad Datu II mula membuat pelbagai rancangan untuk menambah baik dan meningkatkan kualiti pengurusan BOSS di sekolah ini agar fungsinya kepada sekolah dapat dimaksimumkan
Gambar kenangan bersama warga SK bukit Balacon
#tb #lawatan #bosscemerlang

Thursday, 8 September 2016

PROJEK KECERIAN BOSS FASA 4

Unit SPBT sekali lagi mengadakan projek keceriaan bagi fasa 4 bagi tahun ini dengan memberi fokus kepada dinding luar BOSS.  Hasil kerjasama semua penyelaras SPBT, projek ini berjaya disiapkan.
Bukan sesuatu yang mudah, namun bukan mustahil untuk dihasilkan.  Setelah 9 bulan berhempas pulas menyediakan BOSS kepada sebuah bilik yang kondusif dan ceria, akhirnya projek terakhir ini berjaya dijayakan.  Walaupun semua mempunyai komitmen dan tugas lain, namun pengorbanan dan kesudian semua penyelaras sangat tinggi.
Segala penat lelah pasti berbaloi.. Kepuasan setelah melihat hasil yang berjaya disiapkan.  BOSS SK Lahad Datu II kini telah melalui satu transformasi besar-besaran.. From Zero To Hero.. Insyallah akan diteruskan dari semasa ke semasa agar pengurusan BOSS yang cemerlang memberi manfaat kepada murid dan sekolah pada masa akan datang.

Monday, 29 August 2016

SESI PENGGAMBARAN UNIT SPBT

Pada hari ini, Unit SPBT telah mengadakan satu sesi penggambaran yang melibatkan pihak pentadbir, semua penyelaras SPBT dan semua guru penasihat Kelab SPBT.  Inilah tonggak utama kejayaan BOSS di sekolah ini.  Tanpa mereka pasti usaha melaksanakan transformasi BOSS akan melalui kesukaran.
GURU PENASIHAT KELAB SPBT SK LAHAD DATU II
PENYELARAS SPBT SK LAHAD DATU II
UNIT SPBT SK LAHAD DATU II


Friday, 19 August 2016

BENGKEL PENGISIAN BORANG SPBT G

Untuk memurnikan dan memberi pendedahan yang lebih jelas terhadap semua guru, Unit SPBT telah mengambil pendekatan mengadakan bengkel ini dengan melibatkan kesemua guru kelas ( tahun 1 - tahun 6 ).  Alhamdulillah sambutan yang menggalakkan daripada rakan-rakan guru yang sanggup hadir dalam bengkel tersebut.
Tujuan bengkel ini dijalankan adalah :
> Untuk memberi pendedahan cara pengisian borang SPBT G dengan betul
>  Membuat penyeragaman pengisian borang
> Mengurangkan kekeliruan dalam pengisian borang
> Menyelesaikan permasalahan yang wujud dalam pengisian borang SPBT G
Harapan Unit SPBT agar bengkel seperti ini dapat membantu guru kelas dalam pengisian borang SPBT G yang betul dan tepat bagi mengelakkan masalah timbul dalam pengagihan dan pemulangan buku teks kelak.

Saturday, 6 August 2016

PROJEK KECERIAAN BOSS FASA 3

Unit SPBT sentiasa menitik beratkan keceriaan dan keperluan BOSS agar murid minat untuk terlibat dan mengambil peduli akan peranan dan fungsinya.  Pada kali ini, Unit SPBT SK Lahad Datu II memberi fokus kepada keceriaan Taman SPBT dan Laluan Inspirasi SPBT.
 Unit SPBT telah menerima pelbagai sumbangan bunga-bunga seperti bunga orkid, bunga lily dan sebagainya.  Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam memberi sumbangan kepada Unit SPBT dalam membantu menceriakan Taman SPBT.
Selain itu, Laluan Inspirasi SPBT yang terletak berhadapan Taman SPBT juga turut diceriakan dan dihiasi dengan pelbagai input yang bermakna kepada murid.  Unit SPBT sangat berbangga dan mengucapkan terima aksih kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang terlibat sama dalam projek kali ini. Selain itu, penglibatan semua penyelaras SPBT, guru penasihat Kelab SPBT dan murid juga tidak dilupakan.

Kini, Taman SPBT dan Laluan Inspirasi SPBT telah siap dan digunakan dari semasa ke semasa.  Semoga projek ini akan memainkan 1001 fungsi yang bermakna kepada warga sekolah khususnya.






Tuesday, 26 July 2016

ANUGERAH PENGUSAN BOSS TERBAIK PERINGKAT DAERAH LAHAD DATU 2016

Alhamdulillah, pada hari ini keputusan rasmi bagi Pertandingan BOSS Terbaik Peringkat daerah Lahad Datu telah diumumkan serentak dengan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah.

Secara rasminya BOSS SK Lahad Datu II telah terpilih sebagai pemenang bagi pertandingan ini.  Unit SPBTsangat gembira menerima berita ini dan ianya menjadi satu motivasi untuk melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.  Segala penat lelah terbalas dengan anugerah yang diberikan ini.
Kami dalam Unit SPBT ingin mengucapkan setingi-tinggi terima kasih kepada mereka yang terlibat membantu unit ini sama ada secara langsung dan tidak langsung.  Insyallah jika ada rezeki, akan meneruskan perjuangan dalam pertandingan BOSS Cemerlang peringkat negeri.. Doakan kejayaan kami.